Sunday, September 16

Surat untuk abang

Assalamualaikum ...

Abang ,
Kenapa diam sayang ,
Rindu sangat hati ini dengan gelak tawa mu  ,
Besar dugaan buat diri ini .. kadang-kadang tidak tertanggung lagi ..
Sayang perlukan abang ...

Ada sepucuk surat buat mu  ..
ikhlas dari hati  khas buat insan yang paling berharga dalam hidup ini .. Adzrie Syawal Azman ..

Untuk suami.. renungkan lah ..
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia ..
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah ..
Tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah ..

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah ..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama ..
Isteri menjadi tanah , kamu langit penaungnya ..
Isteri kiasan ternakan , kamu gembalanya ...
Isteri adalah murid , kamu mursyidnya ...

Isteri bagaikan anak kecil , kamu tempat bermanjanya ..
Saat isteri menjadi madu , kamu teguklah sepuasnya ...
Seketika isteri menjadi racun , kamulah penawar bisanya ..
Seandainya isteri tulang yang bengkok , berhati-hatilah meluruskannya ...

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa ..
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t ..
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana ...

Justeru kamu akan tersedar daripada alpa bahawa ... kamu bukanlah Rasullullah S.a.w ..
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahuwajhah ...
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...
Amin 
.......................................................................................................................................
Bagi yang bujang boleh mengambil iktibar ...
Bagi yang belum dan bakal berkeluarga ... boleh belajar ..
Insyallah
p/s : Penuliasan menceritakan segalanya ... Untuk para isteri insyaallah dalam entry seterusnya ...

No comments: