Entah kenapa , diri ini tiap hari .. tiap saat ingin sentiasa dekat dengan nya ...
17.9.2012 genap 9 bulan perhubungan kami...
Banyak yang telah mengajar kami apa erti kasih , erti sayang juga erti pengorbanan dalam perhubungan ...
Walaupun kadang-kala ada air mata yang gugur tapi hanya berdiam..
Bukan mahu ku pendam sendiri ...
bukan juga mahu ku rasa diri ini kuat untuk semua dugaan mu ..
Tapi hanya mahu berdikari untuk hidup sendiri untuk kemungkinan yang bakal terjadi di masa akan datang ..
Sayang ,
kenapa ku rasa kita semakin jauh ...
semakin kurang komunikasi antara kita ..
mungkin faktor kejauhan atau faktor lain .. ligat otak ini memikirkan segala kemungkinan yang ada ...
Pernah kau kata "bosan" jika selalu bersama ..
Ku pendam air mata sendiri tatkala mendengar apa yang diluahkan ...
Sayang ,
untuk hidup bersama tidak akan pernah kenal erti bosan sayang ...
kita berkahwin atau bersama untuk sepanjang hayat..
dan selama itu hanya diri ini yang akan menemani mu hingga hembusan nafas ku yang terakhir ...
Hari ini,
semalaman diri ini menunggu kehadiran kamu untuk datang menjemputku ..
seperti yang kita rancangkan sebelum ini..
tapi ...
allah maha mengetahui apa yang terjadi ...
tidak mahu ku tipu diri ini .. kecewa dan sangat kecewa ..
Air mata tidak dapat ku tahan lagi untuk sekian kalinya ...
masuk waktu zohor ...
ku bersujud padaMU ya allah s.w.t..
Ku mohon petunjuk mu...
" Ya allah , ku mohon kau kuatkan la diri ini untuk terus bersabar , tenang dalam menghadapi segala dugaan mu dalam perhubungan ini.. ku tahu ini hanya dugaan buat kami .. ku percaya telah kau jadikan juga telah kau sediakan satu saat bahagia buat kami kelak ... dengan itu ku mohon agar kau kuatkan semangat ku , juga kesabaran ku ... ku mohon juga ya allah , kau kuatkan la rasa cinta, percaya , sayang dan jujur dalam diri aku dan dia .. ku mohon kuatkan hati kami , juga keimanan kami untuk menempuhi segala dugaan dalam perhubungan kami .. Ku juga amat-amat memohon hanya padamu tuhan yang maha penyayang .. agar kau sentiasa lindungi dirinya , tenangkan la hati juga lapangkan la dada juga fikirannya .. amin "
Doa ini ku mohon setiap selesai solat ..
dan ku amat-amat berharap agar ALLAH S.W.T perkenankan doaku ..
Amin ...
P/s : Ku akan sentiasa berdoa dan tidak akan pernah putus asa untuk memiliki mu sayang ..
No comments:
Post a Comment